Selamat Datang ke laman Blog Pusat kegiatan Guru Bukit Besi, 23000 Dungun, Terengganu Darul Iman (TQA 1003)

PROFIL

     Pusat Kegiatan Guru Bukit Besi terletak di Bandar Bukit Besi, daerah Dungun. Ia berhampiran dengan bandar Al-Mukhtafi Billah Shah. PKG Bukit Besi adalah pkg berbangunan sendiri dan ia terletak bersebelahan SK Bukit Besi. Jarak dari PKG Bukit Besi ke PPD Dungun ialah 38 km manakalan ke BTPN TRG ialah 98km. 
      Pusat Kegiatan Guru diurus oleh 2 orang Pegawai Teknologi Pendidikan DGA32 dan DGA29 dibantu oleh seorang kerani N17, Juruteknik Komputer FT17 dan EIO.
      Bagi menggerakkan keberkesanan penggunaan PKG Jawatankuasa Pengurusan PKG dibentuk yang terdiri daripada semua Pengetua dan Guru Besar sekolah ahli untuk merancang aktiviti bagi meningkatkan profesionalisme guru-guru setempat. PKG Bukit Besi menyediakan perkhidmatan kepada 20 buah sekolah ahli yang terdiri daripada 5 buah sekolah menengah dan 15 buah sekolah rendah.
      Jawatankuasa Pengurusan kearah memantapkan penggunaan Pusat Kegiatan Guru Bukit Besi secara berkesan.
 Jawatankuasa Pengurusan dibantu oleh empat Jawatankuasa Kerja yang terdiri dari: 
 1. Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah. Bekerjasama meningkatkan pengurusan dan penggunaan PSS sekolah ahli. Merancang dan melaksanakan program dan aktiviti PSS Memupuk budaya membaca. Mewujudkan pakatan strategik dengan pelbagai agensi yang relevan. Memupuk semangat bantu membantu dan perkongsian Sumber. 
 2. Jawatankuasa Kerja Teknologi Maklumat. Mewujudkan kesedaran kepentingan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam penggunaan teknologi maklumat. Mengintegrasikan teknologi maklumat dalam pengurusan dan penggunaan PSS.
 3. Jawatankuasa Kerja Latihan Dan Penghasilan Merancang dan melaksanakan program peningkatan profesionalisme guru-guru sekolah ahli dan pembangunan sumber PKG. Menghasilkan kakitangan sumber yang diperlukan untuk latihan dan penghasilan bahan teknopen mengikut keperluan setempat. Mengkaji laporan penilaian aktiviti bagi menentukan tindakan susulan.
 4. Jawatankuasa Kerja Sosial Dan Kebajikan Memberi peluang guru-guru menjalankan aktiviti secara formal dan informal dengan terancang. Menggunakan kemudahan rekreasi dan bergotong-royong. Mewujudkan hubungan dengan agensi-agensi kerajaan, pihak swasta dan pertubuhan sosial untuk kecemerlangan pendidikan setempat. Merancang kepakaran daripada komuniti sekolah dan luar sekolah untuk mencapai matlamat PKG.