Selamat Datang ke laman Blog Pusat kegiatan Guru Bukit Besi, 23000 Dungun, Terengganu Darul Iman (TQA 1003)







TAHNIAH KEPADA SEMUA PENERIMA ANUGERAH..DUNGUN CEMERLANG 2017

KATEGORI
NAMA SEKOLAH
PENCAPAIAN
PENGURUSAN MAKMAL KOMPUTER TERBAIK KATEGORI SEKOLAH RENDAH
SK KAMPUNG BARU KUALA ABANG
PEMENANG
PENGURUSAN PUSAT AKSES TERBAIK
KOLEJ VOKASIONAL DUNGUN
PEMENANG
PENARAFAN (SSQS) KATEGORI SEKOLAH MENENGAH
SM SAINS DUNGUN
TEMPAT PERTAMA
PENARAFAN (SSQS) KATEGORI SEKOLAH RENDAH
SK KAMPUNG BARU KUALA ABANG
TEMPAT KEDUA
INOVASI ICT TERBAIK
SMK PAKA
PEMENANG
IKON GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA TERBAIK SEKOLAH MENENGAH
PUAN YUSLIZA BT YUSUF
SMK KETENGAH JAYA
PENGGUNAAN BAHAN DIGITAL MBMMBI TERBAIK KATEGORI SEKOLAH MENENGAH
SMK KETENGAH JAYA
PEMENANG
EPISOD TVPSS SEMPENA VISIT TERENGGANU 2017
SMK PAKA (PK TV )
TEMPAT PERTAMA
TVPSS TERBAIK KATEGORI SEKOLAH RENDAH
SK SEBERANG (NEMO TV)
TEMPAT KETIGA
TVPSS TERBAIK KATEGORI SEKOLAH MENENGAH
SMK KETENGAH JAYA
(AN NAJWA TV)
TEMPAT PERTAMA
SMK PAKA (PK TV)
TEMPAT KEDUA
ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH KATEGORI SEKOLAH KURANG MURID
SK LADANG GAJAH MATI
TEMPAT PERTAMA
ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH KATEGORI SEKOLAH RENDAH
SK BATU 48
TEMPAT KEDUA
ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH KATEGORI SEKOLAH MENENGAH
SMK KETENGAH JAYA
TEMPAT PERTAMA
PENGGUNAAN VLE TERBAIK KATEGORI SEKOLAH 4G SEKOLAH MENENGAH
SMK TEJA PUTRA
TEMPAT KEDUA



MESYUARAT JAWATANKUASA PERMUAFAKATAN AKTIVITI (JKPA)
PKG BUKIT BESI KALI KE 2/2017


AKTIVITI
MESYUARAT JAWATANKUASA PERMUAFAKATAN AKTIVITI (JKPA) PKG BUKIT BESI KALI KE 2 / 2017
TARIKH
30 OKTOBER 2017 (ISNIN)
MASA
9.00 PAGI
TEMPAT
BILIK MESYUARAT PKG BUKIT BESI

MAJLIS PENYERAHAN ID VLE FROG IBU BAPA / PENJAGA SEKOLAH-SEKOLAH PKG BUKIT BESI TAHUN 2017



AKTIVITI
MAJLIS PENYERAHAN ID VLE FROG IBU BAPA / PENJAGA SEKOLAH-SEKOLAH PKG BUKIT BESI TAHUN 2017
TARIKH
25 OKTOBER 2017
MASA
9.30 PAGI
TEMPAT
SK LADANG GAJAH MATI


PEMANTAUAN PKP01 BTPN TERENGGANU KE PKG TAHUN 2017


AKTIVITI
PEMANTAUAN PKP01 BTPN TERENGGANU KE PKG TAHUN 2017
TARIKH
11 OKTOBER 2017
MASA
12.00 TENGAHARI
TEMPAT
PKG BUKIT BESI
PEGAWAI PEMANTAU

MOHD ALHADI BIN YAALI




MESYUARAT PENYELARASAN JAWATANKUASA GERAKAN VLE 
DAERAH DUNGUN 2017







AKTIVITI
MESYUARAT JAWATANKUASA GERAKAN VLE DAERAH DUNGUN
TARIKH
09 OKTOBER 2017
MASA
9.00 PAGI
TEMPAT
BILIK MESYUARAT PKG SERI DUNGUN
OBJEKTIF

Memastikan pembudayaan VLE Sekolah-sekolah Daerah Dungun 2017

PENGLIBATAN
Jawatankuasa Gerakan VLE

PENILAIAN ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH NEGERI TERENGGANU KATEGORI SEKOLAH RENDAH (APSSNT 2017)






AKTIVITI
PENILAIAN ANUGERAH PUSAT SUMBER NEGERI TERENGGANU KATEGORI SEKOLAH RENDAH (APSSNT 2017)
TARIKH
08 OKTOBER 2017
MASA
9.00 PAGI
TEMPAT
SK BATU 48, DUNGUN
PANEL PENILAI
PN. NORAIHAN BINTI MOHAMED

BENGKEL PERTENGAHAN PENGURUSAN TVPSS DAERAH DUNGUN 2017

06 September 2017
8.30 pagi - 4.30 petang
SMK Ketengah Jaya





PKG Daerah Dungun telah mengadakan Bengkel Pertengahan Pengurusan TVPSS untuk semua Penyelaras TVPSS Daerah Dungun. Bengkel ini diadakan sebagai kesinambungan Bengkel Asas Pengurusan TVPSS yang telah diadakan pada tahun lepas. Tujuan utama bengkel ini  untuk memberi garis panduan dalam pengurusan TVPSS agar selari dengan objektif penubuhan TVPSS Negeri Terengganu. Pihak PKG telah menjemput 3 orang fasilitator hebat yang diketuai oleh pengasas TVPSS sendiri iaitu Tuan Hj Akram@ Amir bin Abd Majid ( Ketua Unit UPSP BTPNT ) untuk memberi penerangan dan perkongsian cara-cara untuk menghasilkan video/grafik yang hebat dalam penghasilan video yang baik. Fasilitator Pn Yusliza bt Yusuf( GPM SMKKJ/CEO TVPSS AN Najwa) pula dijemput untuk perkongsian kejayaan TVPSS An Najwa dan En Mohd Rozi bin Ahmad pula berkongsi berkaitan penghasilan asas-asas menggunakan Green Screen dalam penghasilan video dan liputan TVPSS yang hebat. Semoga perkongsian daripada ketiga-tiga orang fasilitator hebat ini akan membawa kecemerlangan TVPSS Daerah Dungun.


SEMARAKKAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN...

KIBARKAN JALUR GEMILANG






BENGKEL PEMBUDAYAAN PENGGUNAAN VLE DALAM PDPC TAHUN 2017


PKG Bukit Besi telah mengadakan bengkel pembudayaan penggunaan VLE dalam PDPC pada 9/13 & 14 Ogos 2017 bertempat di 3 buah sekolah yang berbeza iaitu di SK Durian Mas 2, SK Durian Mas 1, dan SMK Durian Mas. Para peserta telah mendapat pendedahan untuk membina laman (site) yang mudah dengan menggunakan widget Text, Media dan Wall. Selain itu, peserta juga diajar bagaimana untuk "share" laman pembelajaran yang telah dibina kepada para pelajar di sekolah. Diharapkan sesi bengkel ini, peserta dalam mengaplikasikan ilmu vle dalam pdpc abad 21 sekaligus meningkatkan pencapaian vle sekolah masing-masing. 

Perkongsian VLE ini telah disampaikan oleh 4 orang guru advokasi : 

EN ABDUL RAZAK MANSOR - SK PASIR RAJA
EN NORMAN HARDY YAHYA - SK LADANG GAJAH MATI
PN NOORAIDA AWANG - SMK JERANGAU
PN TG ROKIAH TG MOHAMAD - SMK BUKIT BESI














KHIDMAT BANTU KONFIGURASI RANGKAIAN LAN DAN SELENGGARA MAKMAL KOMPUTER SK DELONG


8 dan 9 Ogos 2017 (Selasa & Rabu) -  Program ini melibatkan seramai 13 orang peserta di kalangan Juruteknik dan EIO Daerah Dungun. Program yang bertujuan membantu pihak sekolah memperbaiki susun atur dan pemasangan sistem rangkaian komputer yang sedia ada ke satu perubahan yang lebih baik dan selesa kepada pengguna terutama murid-murid dan guru-guru. Semoga khidmat bantu yang dijalankan dapat memberi impak yang tinggi kepada warga sekolah terutamanya dalam mengaplikasikan pdpc abad 21 dan meningkatkan penggunaan vle sekolah. Pihak PKG Pulau Serai merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan khidmat bantu kali ini. Semoga hubungan baik antara PKG dan pihak sekolah terus utuh dan kukuh pada masa-masa akan datang. 

MESYUARAT KLUSTER PSS DAN BENGKEL SSQS VERSI 3.0

25 JULAI 2017
MAKMAL KOMPUTER SMK BUKIT BESI
8.30 PAGI



PKG Bukit Besi telah mengadakan Mesyuarat Kluster PSS Bil 2 & Bengkel Pendedakan SSQS Versi 3.0 2017. Dalam mesyuarat yang telah dijalankan, pihak PKG banyak berkongsi dapatan /rumusan IKBB dan pemantauan PKG ke sekolah. Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh GPM dalam memperkasakan kecemerlangan PSS seiring peranan PSS dalam menyokong pembelajaran abad 21. PKG turut berkongsi dapatan daripada taklimat Instrumen APPSSNT 2017 dalam memberi sokongan kepada 3 buah sekolah yang akan mewakili Derah Dungun dalam APPSSNT 2017. Sekalung tahniah diucapkan kepada SK Ladang Gajah Mati (Kategori SKM), SK Batu 48 (Kategori SK) dan SMK Ketengah Jaya (Kategori SMK). APSSNT 2017 menggunakan instrumen versi Februari 2017. Semoga sekolah yang mewakili Dungun mampu bersaing dan mendapat tempat di Peringkat Negeri. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan bagi setiap inkator soalan yang terdapat di dalam instrumen GPM dan memastikan setiap GPM memahami kehendak dan perspektif soalan bagi menentukan bintang yang baik bagi penarafan PSS Tahun 2017.

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PKG DAERAH DUNGUN & MAJLIS PERPISAHAN PEGAWAI DAN STAF YANG BERTUKAR


13 JULAI 2017
9.00 PAGI
PKG SERI DUNGUN






Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat PKG Daerah Dungun pada tahun ini telah berlangsung di PKG Seri Dungun. Sambutan kali ini dimeriahkan dengan kehadiran tetamu daripada PPD Dungun, Pengetua / Guru Besar, Mantan-mantan pegawai PKG, Guru Penyelaras Bestari/Guru ICT, Guru Perpustakaan dan Media, Juruteknik, EIO Sekolah ahli PKG Daerah Dungun yang terdiri daripada PKG Pulau Serai, PKG Seri Dungun, PKG Paka & PKG Bukit Besi. Pelbagai juadah raya telah disediakan sempena sambutan kali ini. Majlis turut meraikan pegawai dan staf yang telah bertukar iaitu En. Sofian bin Mustaffa (Bertukar ke Unit Pembestarian Sekolah, BTPN Terengganu), Cik Suhana binti Mohamad @ Mohd Azam (Bertukar ke Unit Pembestarian Sekolah, BTPN Terengganu), Cik Faziani binti Othman (Bertukar ke PKG Marang), Pn. Noor Zurina binti Zulkifli (Bertukar ke SK Bukit Mentok, Kemaman) dan Pn. Siti Nur Saadah (Bertukar ke SK SMA Sultan Ismail, Dungun). Diharapkan majlis ini dapat mengeratkan ukhuwah persaudaraan di kalangan warga PKG Daerah Dungun dan rangkaiannya. 


















BENGKEL VERIFIKASI DATA NILAM DITAMBAH BAIK UNTUK SEKOLAH AHLI 
PKG BUKIT BESI TAHUN 2017

29 Mac 2017
2.30 - 4.30 petang
Bilik Seminar PKG Bukit Besi



Template Nilam Sekolah Rendah 2017      : http://gg.gg/TEMPLATE-NILAM-SR-2017
Template Nilam Sekolah Menengah 2017  : http://gg.gg/TEMPLATE-NILAM-SM-2017

ANUGERAH TOKOH NILAM PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2017
16 Mac 2017
8.00 pagi
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu



KEPUTUSAN RASMI ANUGERAH NILAM 
NEGERI TERENGGANU 2017




PEMILIHAN TOKOH NILAM PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2017

14 - 16 Mac 2017
8.00 pagi - 10.00 malam
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu







KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD DUNGUN 2017

12-16 Mac 2017
7.30 pagi - 4.30 petang
Padang SMK Sultan Omar, Dungun






TAKLIMAT APLIKASI ONLINE DALAM PEMBELAJARAN VLE DAN PENATARAN STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA GELOMBANG 2 (SKPMg2)
SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH DUNGUN 2017

9 Mac 2017
7.30 pagi
Bilik Mesyuarat SMK Tengku Intan Zaharah





TAKLIMAT TV PSS UNTUK KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG 
MSSD DUNGUN 2017

8 Mac 2017
2.30 petang
Bilik Mesyuarat PKG Seri Dungun




ANUGERAH TOKOH NILAM DAERAH DUNGUN 2017

22 Februari 2017
8.00 pagi - 4.30 petang
Dewan Bakawali, UiTM Terengganu Cawangan Dungun 


SENARAI NAMA PEMENANG TOKOH NILAM 2017

SR BM : SITI RAHMAH BT SUDI (SK TANJUNG PATI)
SM BM : USMAN BIN HAFIZI (SM IMTIAZ YT DUNGUN)
SR BI : WAN MOHAMMAD IRSYAD DARWISY BIN MOHD DINOZAI (SK SERI PAKA)
SM BI: NURUL IZZAH BT NGAH (SM IMTIAZ YT DUNGUN)







ANUGERAH TOKOH NILAM DAERAH DUNGUN 2017

22 Februari 2017
8.00 pagi - 4.30 petang
Dewan Bakawali, UiTM Terengganu Cawangan Dungun

TAKLIMAT PENDEDAHAN PROGRAM ANUGERAH NILAM
PERINGKAT DAERAH DUNGUN

20 Februari 2017
2.30 petang - 4.30 petang
Bilik Seminar, PKG Seri Dungun